Kamis, 02 April 2015

Surat Umar RA Kepada Sungai Nil


Surat Umar RA Kepada Sungai Nil

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab sebagai Khalifah yang Ke-dua selepas Abu Bakar As-Siddiq, Amru Al-Ash telah dilantik untuk mengetuai pasukan tentera Islam menakluk Mesir. Setelah berhasil menakluk Mesir, Amru al-Ash membangunkan sebuah kota di tepi Sungai Nil. Di situ juga didirikan sebuah masjid besar berdekatan dengan Kota Fusfat.

Ketika itu, para petani di Mesir biasa mengadakan upacara korban sebagai tanda kesyukuran kepada dewa Sungai Nil. Mereka memilih seorang gadis yang paling cantik untuk dijadikan korban. Amru al-Ash tidak senang hati dengan upacara korban itu,lalu melaporkannya kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Umar al-Khattab lalu mengeluarkan perintah supaya upacara itu dihentikan dan tidak boleh diadakan lagi.

Pada tahun berikutnya, penduduk Sungai Nil tidak berani mengadakan upacara korban itu lagi kerana takut dihukum. Dengan takdir Allah, tahun itu juga kemarau panjang melanda Mesir, air Sungai Nil mulai surut. Tanah pertanian jadi kering kerontang.  Penduduk Sungai Nil percaya, itu adalah akibat daripada kemarahan dewa Sungai Nil karena mereka tidak mengadakan upacara korban pada tahun itu. Maka, mereka berhasrat untuk mengadakan kembali upacara korban itu.

Amru al-Ash tetap tidak setuju upacara korban diadakan kembali. Lalu beliau mengutus surat kepada Khalifah Umar Al-Khattab mengadukan masalah pelik tersebut. Tidak lama kemudian, surat balasan dari Khalifah Umar tiba.. Anehnya, surat itu bukan ditujukan kepada Amrul al-Ash, tapi surat itu ditujukan kepada Sungai Nil. Surat itu berbunyi.. "Dari hamba Allah, Khalifah umat Islam. Umar bin Al-Khattab.

Surat ini ditujukan kepada Sungai Nil:”Sekiranya kamu mengalirkan air dengan kuasa kamu sendiri maka janganlah melimpahkan air. Tetapi sekiranya kamu melimpahkan air dengan izin Allah swt, Tuhan yang Maha Berkuasa, kami berdoa kepada-Nya supaya airmu melimpah sehingga lebih daripada cukup."
Amru al-Ash membacakan surat itu dihadapan orang ramai kemudian surat itu dilemparkan ke dalam sungai. Dengan izin Allah swt, awan mendung berarak di langit, kemudian hujan turun sepanjang hari sehingga air Sungai Nil melimpah. Sejak itu, air Sungai Nil tidak pernah kering lagi.

Allahuakbar

Tidak ada komentar:

Posting Komentar